Saya mula bekerja sebagai eksekutif sumber manusia pada tahun 2023. Demi mengembangkan ilmu yang ada, saya mengikuti program Diploma Pengurusan Sumber Manusia sejak bulan Mei tahun lepas.

Pada pandangan saya, pengalaman sebagai pelajar OUM amat bermakna dalam membentuk diri saya menjadi lebih matang dan berwawasan.

Program ini menawarkan pelbagai subjek menarik seperti pengurusan sumber manusia, undang-undang buruh dan pembangunan organisasi. Subjek-subjek ini bukan sahaja memberikan pemahaman teori, malah turut menawarkan kemahiran praktikal yang boleh diaplikasikan terus di tempat kerja. Sebagai contoh, saya telah menggunakan pengetahuan tentang pengurusan konflik untuk menyelesaikan isu di tempat kerja saya. Hal ini telah memberikan impak yang sangat positif terhadap hubungan kerja dalam organisasi saya.

Saya juga aktif menyertai beberapa program dan aktiviti yang dianjurkan oleh OUM. Salah satu daripadanya ialah bengkel pembangunan diri yang memberikan tumpuan kepada kemahiran berkomunikasi dan kepimpinan. Program ini telah membantu saya meningkatkan keyakinan diri untuk bercakap di hadapan umum.

Saya dapat mengaplikasikan apa yang saya pelajari di OUM dalam kerjaya saya sebagai seorang eksekutif sumber manusia. Dengan memahami konsep seperti pengurusan bakat dan perancangan strategik, saya dapat membantu syarikat mencapai objektif jangka panjang. Pengalaman ini menjadikan pembelajaran di OUM amat bermakna bagi saya.

Bagi saya, pendidikan merupakan peluang untuk berkembang dan kunci untuk mencapai impian. Maka, ia harus bergerak seiring dengan perkembangan teknologi dan keperluan industri. OUM bukan sahaja melengkapkan saya dengan kemahiran yang relevan untuk masa depan, malah membina karakter dan memperluaskan pemikiran.

Secara keseluruhannya, saya banyak belajar tentang kepentingan pengurusan masa, kesungguhan dan ketekunan. Saya amat bersyukur kerana diberi peluang menimba ilmu di universiti ini, dan berharap suatu hari nanti dapat menyumbang kepada masyarakat melalui pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh.

Contact Us

Menara OUM,
Block C, Kompleks Kelana Centre Point,
Jalan SS7/19, Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya, Selangor
Malaysia

+603-7801 1800 (General Line)
+603-7801 2000 (Speed Line)
+6012-303 9935 / +6019-357 9074
admission@oum.edu.my
(Enquiries for New Intake & Registration Only)