Program: Diploma Pengajian Islam dengan Pendidikan
Oleh Prof Madya Dr Khairul Hamimah Mohammad Jodi
Pendidikan Islam semakin penting untuk melahirkan generasi Muslim yang berpengetahuan, berakhlak mulia, dan mampu menghadapi cabaran semasa.
Diploma Pengajian Islam dengan Pendidikan (Diploma in Islamic Studies with Education atau DISE) merupakan program yang ideal bagi mereka yang ingin mendalami ilmu Islam serta memperoleh kemahiran dalam bidang pendidikan. Justeru, mengambil DISE merupakan langkah yang tepat bagi mereka yang ingin memainkan peranan penting dalam pendidikan Islam.
DISE di OUM
Program DISE yang dikendalikan oleh Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan OUM merupakan program yang fleksibel, sesuai untuk graduan dan profesional dari pelbagai latar belakang, sama ada mereka mempunyai pengalaman dalam bidang ini atau tidak.
Program ini membolehkan pelajar bukan sahaja mengembangkan ilmu pengetahuan, malah meningkatkan kemahiran pengajaran dan pelbagai kemahiran lain. Anda berpeluang meningkatkan kemahiran berkomputer yang digabungkan dalam pendidikan, kebolehan mengendalikan pengurusan maklumat, serta kemahiran penyelesaian masalah yang berkaitan dengan Pendidikan Islam.
Program ini ditawarkan sepenuhnya secara dalam talian, membolehkan pelajar meneruskan kerjaya sepenuh masa mereka. E-fasilitator yang berpengalaman akan mengendalikan e-tutorial untuk pelajar di seluruh negara. Pelajar mempunyai akses kepada portal myOUM yang dilengkapi dengan platform pembelajaran myINSPIRE, Perpustakaan Digital, eServices, Buku Panduan, Panduan Survival dan pelbagai sumber lain.
Selain itu, pelajar juga berpeluang untuk menyusun jadual pembelajaran mereka sendiri. Tempoh minimum untuk menamatkan program ini ialah 10 semester bersamaan 3 tahun 4 bulan, manakala tempoh maksimum ialah 6 tahun.
Adakah Keperluan mengambil DISE?
Program ini akan melengkapkan pelajar dengan asas yang kukuh dalam pengajian Islam, merangkumi ilmu-ilmu seperti Tafsir Al-Quran, Hadis, Fiqh, Akidah, dan Sirah. Pengetahuan ini amat penting untuk memahami ajaran Islam secara menyeluruh dan menerapkannya dalam kehidupan seharian.
Selain itu, komponen pendidikan dalam program ini membolehkan pelajar menguasai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Ini termasuk penguasaan pedagogi, psikologi pendidikan, pengurusan bilik darjah, dan penggunaan teknologi dalam pengajaran. Kemahiran ini amat relevan dalam mendidik generasi muda Muslim, sama ada di sekolah, madrasah, atau institusi pendidikan Islam yang lain.
Program DISE membuka peluang kerjaya yang pelbagai, terutamanya dalam bidang pendidikan dan Pengajian Islam. Antara kerjaya yang sesuai untuk graduan program ini termasuk:
- Guru Pendidikan Islam: Mengajar subjek Pendidikan Islam di sekolah rendah atau menengah, sama ada di sekolah kerajaan atau swasta.
- Pensyarah di Institusi Pengajian Tinggi: Mengajar kursus-kursus berkaitan Pengajian Islam di kolej, universiti, atau institusi pengajian tinggi lain.
- Penyelidik dalam bidang Pengajian Islam: Menjalankan penyelidikan dalam pelbagai aspek Pengajian Islam, seperti Tafsir Al-Quran, Hadis, Fiqh, dan Akidah.
- Pegawai Agama di Jabatan Kerajaan: Berkhidmat di jabatan kerajaan yang berkaitan dengan hal ehwal agama Islam, seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).
- Pengurus di Sekolah Agama atau Madrasah: Menguruskan operasi harian sekolah agama atau madrasah, termasuk pengurusan kurikulum, sumber manusia, dan kewangan.
- Penulis atau Penyelidik Bahan Pendidikan Islam: Menghasilkan bahan-bahan pendidikan Islam seperti buku teks, modul pengajaran, atau sumber pembelajaran dalam talian.
- Penasihat atau Kaunselor Agama: Memberi nasihat dan bimbingan berkaitan isu-isu keagamaan kepada individu atau organisasi.
- Pegawai di Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) Islam: Berkhidmat di NGO yang berkaitan dengan hal ehwal Islam, seperti badan kebajikan, pertubuhan dakwah, atau yayasan pendidikan Islam.
- Entrepreneur dalam Industri Halal: Memulakan perniagaan dalam industri halal, seperti makanan halal, kosmetik halal, atau pelancongan halal.
- Imam atau Pemimpin Agama: Memimpin aktiviti keagamaan di masjid, surau, atau pusat komuniti Islam.
Dengan asas yang kukuh dalam Pengajian Islam dan kemahiran pendidikan, graduan program ini mempunyai peluang kerjaya yang luas dalam pelbagai sektor, termasuk pendidikan, kerajaan, organisasi bukan kerajaan, dan industri berkaitan Islam.
Kelayakan
- Lulus SPM/SPMV: Mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam 3 mata pelajaran dan lulus salah satu mata pelajaran Bahasa Arab atau salah satu mata pelajaran Pengajian Islam; atau
- Lulus O-Level: Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam 3 mata pelajaran dan lulus salah satu mata pelajaran Bahasa Arab atau salah satu mata pelajaran Pengajian Islam; atau
- Lulus sijil dalam Pengajian Islam atau bidang berkaitan: Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; atau
- Lulus STPM atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam 1 mata pelajaran; DAN
- Lulus salah satu mata pelajaran Bahasa Arab atau salah satu mata pelajaran Pengajian Islam di peringkat SPM (atau setara) atau STPM; atau vi. Lulus STAM (pangkat Maqbul); atau
- Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara.
Apa keistimewaan DISE OUM dengan diploma dari IPT lain?
- Gabungan 3 bidang pengajian Islam iaitu Syariah, Usuluddin dan Pendidikan
- Menekankan 70% kursus pengajian Islam dan 30% kursus pendidikan
- Pembelajaran fleksibel
- Pembelajaran maya
- Modul yang lengkap
- Bahan pembelajaran online yang lengkap
- Tutor dan e-tutor berpengalaman daripada pelbagai institusi
- Rakan-rakan dalam pelbagai sektor dan bidang pekerjaan
Apakah yang akan dipelajari?
Program ini mempunyai jumlah kredit sebanyak 90 jam yang dibahagikan kepada;
- Kursus Universiti
- Kursus wajib MQA
- Kursus dalam bidang Usuluddin
- Kursus dalam bidang Syariah
- Kursus dalam bidang Pendidikan
- Perlaksanaan Praktikum
Adakah kurikulum meliputi industri dan aplikasi dunia sebenar?
Setiap 3 tahun, semakan kurikulum dijalankan untuk memastikan program Diploma Pengajian Islam dengan Pendidikan selaras dengan keperluan dan trend industri semasa, serta piawaian MQA. Semakan ini dilakukan oleh pakar akademik, alumni, dan pakar industri. Semua maklum balas diambil kira untuk menambah baik program ini.
Sementara itu, perlaksanaan praktikum membolehkan pelajar mengaplikasikan pengetahuan yang mereka perolehi dengan merancang, melaksana, dan mengaplikasi pedagogi yang dipelajari dalam program ini. Hasilnya, mereka akan membangunkan kemahiran pengajaran, pendidikan dapat membantu mereka dalam kerjaya, kerana mereka akan belajar realiti Pendidikan Islam, melihat isu semasa dalam pengajian Islam dan yang berkaitan kemudian membuat rumusan.
Mereka juga akan mengasah kemahiran penyelesaian masalah dan pemikiran kritis, kemahiran digital dan numerasi, kemahiran pengurusan projek, kemahiran komunikasi dan kepimpinan, kemahiran autonomi dan tanggungjawab, serta kemahiran keusahawanan dalam konteks pendidikan dan pengajian Islam.
Program ini sentiasa mengikuti perkembangan terkini dalam pendidikan dan pengajian Islam dengan menerapkan elemen-elemen praktikal supaya pelajar bersedia menghadapi cabaran sebenar apabila berkhidmat dalam bidang ini. Ini dicapai melalui semakan kurikulum berkala, integrasi senario dunia sebenar dalam kursus dan praktikum yang memberi peluang kepada pelajar untuk menjalankan pengajaran secara profesional.
Melalui pengalaman pembelajaran ini, pelajar bukan sahaja akan memperoleh pengetahuan Islam yang mendalam, tetapi juga mengembangkan pelbagai kemahiran yang penting untuk kerjaya mereka dalam bidang pendidikan dan pengajian Islam.
Jangan lepaskan peluang ini!
Anda boleh memohon untuk mendaftar bagi kemasukan semester Januari, Mei atau September. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.oum.edu.my/all-programmes/undergraduate-programme/diploma-in-islamic-studies-with-education/