The following speech was delivered by Ahmad Mustafa bin Irfan, Diploma in Islamic Studies with Education, at the end of the final convocation session on 20 October:
Saya telah berkhidmat sebagai guru sekolah agama sejak tahun 2016. Pada tahun 2024, saya diberi amanah yang lebih tinggi, iaitu untuk memimpin sebagai Guru Besar di Sekolah Rendah Islam Integrasi Maghfirah Kajang.
Pengajian di OUM bukan hanya telah menambah baik kelayakan diri saya. Malah, ia telah membantu saya memperkukuh ilmu, memperluas pemikiran dan meningkatkan keyakinan dalam melaksanakan amanah sebagai seorang pendidik.
Saya juga merupakan seorang ayah kepada dua orang cahaya mata yang saya jaga dan besarkan dengan bantuan ibu dan adik perempuan saya untuk beberapa tahun. Anak-anak saya merupakan sumber kekuatan, inspirasi dan sebab untuk saya terus melangkah ke depan. Kehadiran mereka mengajar saya tentang erti kesabaran, tanggungjawab dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi.
Banyak tugasan disiapkan setelah mereka lena tidur, ketika malam semakin sunyi dan kebanyakan orang sudah pun lena. Ada ketika tubuh sudah keletihan, tetapi tugasan masih menanti. Namun, saya sedar bahawa setiap impian memerlukan usaha dan setiap kejayaan menuntut pengorbanan.
Saya percaya kejayaan bukan semata-mata hasil daripada kepandaian. Di sebaliknya, kejayaan itu lahir daripada doa, disiplin, kesabaran, pengorbanan dan keinginan untuk terus mencuba walaupun berdepan dengan pelbagai kesukaran.
Kepada rakan-rakan graduan yang dikasihi, hari ini bukanlah penamat kepada perjalanan ilmu kita. Sebaliknya, ia merupakan permulaan kepada tanggungjawab yang lebih besar. Ilmu yang kita peroleh perlu diterjemahkan melalui akhlak, perkhidmatan dan sumbangan kepada masyarakat.
Janganlah kita mengukur kejayaan hanya melalui segulung diploma. Ukurlah kejayaan melalui sejauh mana ilmu tersebut menjadikan kita seorang insan yang lebih baik, lebih berguna kepada masyarakat dan lebih dekat kepada Allah SWT.
Jika ada antara kita yang masih mempunyai impian yang belum tercapai, janganlah berputus asa. Jangan menunggu keadaan menjadi sempurna untuk belajar. Mulakan dengan langkah kecil, kerana langkah kecil yang dilakukan secara istiqamah mampu membawa kita kepada kejayaan yang lebih besar.
Translation:
I have been serving as a religious school teacher since 2016. In 2024, I was entrusted with a greater responsibility when I was appointed Headmaster of Sekolah Rendah Islam Integrasi Maghfirah Kajang.
My studies at OUM have not only enhanced my qualifications but also strengthened my knowledge, broadened my perspective and boosted my confidence in carrying out my responsibilities as an educator.
I am also a father of two children, whom I have cared for and raised with the help of my mother and younger sister for several years. My children are my source of strength, inspiration and motivation to keep moving forward. They have taught me the meaning of patience, responsibility and unconditional love.
Much of my coursework was completed after my children had fallen asleep, when the night grew quiet and most people were already fast asleep. There were times when I was physically exhausted, yet assignments still awaited me. However, I understood that every dream requires effort and every success demands sacrifice.
I believe that success is not achieved through intelligence alone. Rather, it comes from prayers, discipline, patience, sacrifice and the determination to keep trying despite the many challenges we face.
To my fellow graduates, today is not the end of our learning journey. Instead, it marks the beginning of greater responsibilities. The knowledge we have gained must be reflected in our character, service and contributions to society.
Let us not measure success solely by the diploma we hold. Instead, let us measure it by how far our knowledge has helped us become better individuals, contribute more meaningfully to society and grow closer to Allah SWT.
If any of us still have dreams yet to be fulfilled, do not give up. Do not wait for the perfect circumstances to pursue further learning. Start with small steps, because small steps taken consistently can lead us to greater success.


